Welcome to My Blog . Happy blogging ! | Dashboard | Follow












follow
dash



"Orang yang tahu tidak banyak bercakap dan orang yang ada, tidak akan menunjuk. Sama-sama kita renungkan" Petikan dari Buku Refleksi Diri, Prof Dr Muhaya keluaran As Sohwah Publication.

► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary

► My heArts






Jangan lihat siapa yang menyampaikan, tapi lihat apa yang
disampaikannya. (‐ Abu Al‐Hasan ‘Ali bin Abi Talib ra )





Say I am willing to release the pattern in me that is causing this problem. I am responsible for my life




family tercinta.loving mum & dad so much.syukran sebab ayah &ibu banyak mengorbankan segalanya untuk kami anak2.i love u always





“Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.” (Henry Ford)


Template & Skin by : SyIFaA
Big help from : Wani | anA | Cap teko | Una


| Newer Post
Muhasabah diri bulan Ramadhan
Rabu, 10 Julai 2013 | 3:57 PG | 0 cahaya penawar
  
              
 
Assalamualaikum..
 
  
||Salam Ramadhan Al-Mubarak||

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ    
  كل عام وأنتم بخير
Hari ini bermula lah pengembaraan kita dalam tarbiah bulan ramadhan,namun untuk menjadikan hati kita lebih senang dan bersemangat untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang mukmin yang beriman seperti yang sedia maklum tentu masing2 sibuk mencari fadhilat2 yang ade dibulan yang mulia ni.
so,untuk  menambahkan topup pahala kita jom same2 kita lihat tentang kebaikan @ amalan yang dapat kita amalkan di bulan yang mulia ini ..
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui  :-
1.Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba2 Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dosa.
2.Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
3.Diturunkan petunjuk kepada manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta mengandakan bacaan Al-quran.
4.Ditutup pintu  neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga.
5.Dirantai syaitan yang durjana  pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ianya berpunca dari nafsu sendiri.Mohon lah pada Allah agar diberi Keampunan ilahi di bulan ramadhan ini.
6.Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tibanya waktu berbuka puasa kerana ia dapat menghalang dari melakukan kejahatan.
    Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
     ok,berikut adalah niat puase di bulan ramadhan..moga bermanfaat untuk sahabat2  C.p
      niat puasa untuk sebulan:-
        
     Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
     
    niat puasa untuk harian:-
    Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
     
    lafaz doa ketika hendak berbuka puasa:-
      
     Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
     
      Lafaz selepas berbuka:-
     
    Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
     
    sekian perkongsian kali ini...