Exam sem soifi dah selesai.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
29/7/13 : isnin
Alhamdullilah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih mengizinkan untuk aku meneruskan penulisan aku dalam berkongsi Kenangan dengan sahabat2.Hari ini aku nak cerita berita gembira, hari ini hari terakhir aku exam untuk sem soifi(summer) ,alhamdullilah lega rasa hati selesai sudah satu beban bahu kanan ku.dalam feeling done satu problem aku Selesai, baru berhajat untuk berehat2 tapi masih ada beberapa perkara yang harus diselesaikan .dalam keseganan aku ini, terpaksa merajinkan diri juga ke syurtah esok untuk menyelesaikan beberapa perkara penting sebelum aku pulang ke malaysia.
nampaknya terpaksa lagi aku menghadap pokcik2 polis arab ni, terpaksa lah bersabar melihat telatah pokcik Arab ni merepek bagai.
Di bilik ,suaSana Bersepah dipenuhi kotak2 menantiku untuk di paking.Tambahan pula kotak sahabat2 roomate yang mahu bermusafir ke malaysia bagi menyambut kedatangan syawal bersama keluarga tercinta, namun Kami sebagai sahabat amat memahami kesibukan di zon imtihan ini.akibat kekangan masa menjadikan kami saling memahami dan Membantu antara satu sama lain.
cerita pasal exam..hal yang paling menakutkan.tapi abis jer exam adalah masa yang amat dinantikan.huhu.sedar tak sedar dah nak balik aku ni.haish masa terlalu cepat berlalu sehinggakan terasa sekejap sahaja tinggal dekat bumi andalus ni.
Ramadhan datang lagi..Saat ku pergi dari sini
26/7/13 ,,hari ini adalah hari terakhir kelasku bersama doktor haya'.sedar tak sedar kini hampir 1 tahun aku berada di bumi andalus ini.minggu depan adalah minggu tetakhir aku di sini sebelum berangkat pulang ke Malaysia, tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga tercinta.Namun dalam hatiku berat untuk meninggalkn bumi andalus ini.Dalam sedar tak sedar aku mengimbau kembali kenangan first time masuk kelas doktor haya'..Pada sem soifi@ sem summer@ sem musim panas, ramai pelajar malaysia pulang ke kampung masing2 kerana tidak mahu ambil madah pada waktu soifi, musim soifi adalah musim yang memerlukan sedikit kesabaran kerana musim ini adalh musim dimana cahaya matahari yang terik.mungkin bagi diri ku pertama kali menjalani musim soifi disini amat pelik kerana waktu solat subuh disini pada jam3 a.m waktu jordan.namun pada hari berikutnya ia sudah menjadi kebiasaan bagi diriku untuk melihat sang matahari terbit di awal waktu jam5.am waktu jordan,cahayanya seperti jam8.am pg waktu malaysia.kebiasaan pada jam 11.a.m waktu jordan pada musim soifi sangat panas kerana matahari terpacak di atas kepala sepertinya pukul 2.p.m.kebanyakkan pelajar disini hanya mengikuti kelas sehingga jam12.am kerana Cuaca yang panas mengakibatkan badan mudah letih dan mengantok.
Hari pertama mengenali diri doktor haya' aku merasakan doktor haya' seorang yang tegas dalam Memberi ilmu.takut kami sekelas asal kelas doktor haya' jer terpaksa study hard.bagi doktor haya' berkomunikasi di dalam kelas adalah perkara yang wajib.setiap hari kami di latih untuk bercakap dihadapan, doktor haya' juga selalu melalatih kami untuk tida takut berhadapan dengan kalayak ramai.aku merasakan cara seperti ini amat memberangsangkan..syukran doktor kerana telah berikan kami semua pelajaran yang belom pasti dapat di malaysia.*termenung seketika*teringat pula pertama kali bercakap di hadapan sahabat2 tentang diri sendiri dalam menggunakan bahasa arab fushah.kemudia kali berikutnya bercakap tanpa melihat teks menceritakan tentang perkara yang amat aku takuti dalam hidupku, seterusnya bercerita tentang bumi jordan dan sejarahnya.kemudian menceritakan tentang puasa ramadhan di bumi andalus ini.Dengan berkat ketegasan doktor haya' akhirnya aku dan rakan2 berani dan mudah berkomunikasi menggunakan bahasa fushah tanpa rasa takut.kata doktor; x perlu takut bercakap ,keluarkan dan lazimkan lidah bercakap menggunakan bahasa arab ketika di mana2 sahaja.kini baru ku faham kemahiran berkomunikasi bukanlah perkara susah.bahkan teruskan berkomunikasi menggunakan bahasa arab fushah walaupun ada kesalahan tatabahasa tetapi jgn bimbang dia akan membantu memperbetulkan.
Muhasabah diri bulan Ramadhan
Assalamualaikum..
||Salam Ramadhan Al-Mubarak||
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
كل عام وأنتم بخير
Hari ini bermula lah pengembaraan kita dalam tarbiah bulan ramadhan,namun untuk menjadikan hati kita lebih senang dan bersemangat untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang mukmin yang beriman seperti yang sedia maklum tentu masing2 sibuk mencari fadhilat2 yang ade dibulan yang mulia ni.
so,untuk menambahkan topup pahala kita jom same2 kita lihat tentang kebaikan @ amalan yang dapat kita amalkan di bulan yang mulia ini ..
Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :-
1.Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba2 Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dosa.
2.Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
3.Diturunkan petunjuk kepada manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta mengandakan bacaan Al-quran.
4.Ditutup pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga.
5.Dirantai syaitan yang durjana pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ianya berpunca dari nafsu sendiri.Mohon lah pada Allah agar diberi Keampunan ilahi di bulan ramadhan ini.
6.Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tibanya waktu berbuka puasa kerana ia dapat menghalang dari melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak
mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
ok,berikut adalah niat puase di bulan ramadhan..moga bermanfaat untuk sahabat2 C.p
niat puasa untuk sebulan:-
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
niat puasa untuk harian:-
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
lafaz doa ketika hendak berbuka puasa:-
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau
beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai
yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz selepas berbuka:-
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada
Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah
hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta
diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
sekian perkongsian kali ini...